Disangkakan Janna Nick, Pemuda Berbadan Sado Ini Jadi Bualan Ramai, “Terkejut Den…”

Sponsored

Pelakon Janna Nick sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dikatakan membawa diri ke luar negara gara-gara putus cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

Namun ada juga yang mengatakan itu semua hanyalah gimik semata-mata selepas pasangan itu dilihat muncul di dalam video yang dimuat naik oleh Alvin Chong. Setakat ini, masih tiada sebarang kepastian mengenai hubungan pasangan selebriti itu.

Sponsored

Baru-baru ini pula, video seorang pemuda menjadi bualan ramai dan dikaitkan dengan Janna Nick. Semuanya gara-gara wajah pemuda itu yang dikatakan sama dengan pelakon wanita itu sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, pemuda tersebut dilihat menunjukkan keadaan badannya yang sado hasil dari kerja keras senaman yang dilakukan. Namun apa yang meraih perhatian netizen bukanlah badan sado itu sebaliknya wajah pemuda tersebut yang dikatakan sama dengan Janna Nick.

Sponsored

Difahamkan, pemuda itu pernah beberapa kali menerima komen yang sama di mana ramai yang menegur persamaan wajahnya dengan pelakon itu. Tetapi dia tidak menyangka video yang baru dimuat naiknya itu akan mendapat perhatian begitu banyak seperti ini.

“Janna Nick versi lelaki.”

Sponsored

“Terkejut den, ingatkan Janna tengah healing.”

“Janna lepas merajuk ni terus buat badan ye.”

Menurut sumber, pemuda itu pernah terserempak dengan Janna Nick sebelum ini namun dia tidak merasakan mereka ada persamaan seperti yang dikatakan ramai. Walaupun digelar sebagai Janna Nick versi lelaki, pemuda itu tidak kisah dengan gelaran yang diberikan netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh menggelarkan pemuda itu sebagai kembar kepada Janna Nick. Dalam masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa terkejut kerana menyangka pemuda itu adalah Janna Nick pada awalnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.