Chef Wan Menangis Di Konti Radio Mendengarkan Lagu Kasihnya Ibu, Sempat Titip Pesanan

Sponsored

Nama chef selebrti iaitu Chef Wan sememangnya cukup dikenali ramai. Bakatnya dalam bidang masakan dan pencapaiannya bukan calang-calang. Malah keperibadiannya turut menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini rakaman dengan paparan Chef Wan atau nama penuhnya Datuk Dr Cef Redzuawan Ismail menangis di konti radio telah menjadi perhatian ramai. Umum sedia tahu Chef Wan baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani pada Januari lalu.

Sponsored

Chef Wan jadi tetamu jemputan

Chef Wan menjadi tetamu jemputan bagi sebuah segmen Bicara Petang Bersama Haiza Hanafi dan Hanif Miswan di stesen radio Buletin.fm.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Buletin.fm dengan paparan Chef Wan menangis di dalam konti tersebut:

Sponsored

Lagu sedih dipasang bikin terusik emosi

Dalam rakaman yang dimuat naik itu, kedengaran lagu Kasihnya Ibu nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini mengisi ruang konti yang sugul itu. Turut kelihatan Chef Wan teresak-esak di kerusi tidak dapat menahan sebak mendengarkan lagu itu diputarkan.

Selesai sahaja putaran lagu berkenaan, kedengaran pula suara penyampai radio bertugas, Haiza bercakap dalam suara sebak meneruskan rancangan tersebut.

Sponsored

Pesanan Chef Wan…

Sempat juga Chef Wan menuturkan kata-kata mengenai kehidupan. Katanya inilah kehidupan, gembira atau pun sedih ianya ada. Tapi apa yang kita belajar dari apa yang berlaku?

“Off course Haiza, dalam hidup ini ada happy time dan sad time. This is life. Whether we like it or not, is about what we are learning all the lesson. You know, to make kita a happy person, a person with much more kind in various fields in life. To be a responsible person.

“Kalau kita ada tanggungjawab jaga anak, anaklah. Kalau kita diberi tanggungjawab suami, suamilah. Kalau kita diberi tanggungjawab isteri, isterilah. Beri nafkah apa semua, buat perkara yang betul,” kata Chef Wan

Terdahulu Chef Wan sering berkongsikan tentang ibunya dan cara beliau menyantuni insan tercinta itu membuatkan ramai puji dan kagum dengan selebriti cef ini.