Perkongsian Keadaan Ibu Chef Wan Disalah Erti, “Faham Bahasa Inggeris Tak?”

Sponsored

Sejak semalam, chef selebriti terkenal dengan nama Chef Wan berkongsikan keadaan ibunya yang kini sedang tenat di hospital. Dalam perkongsian keadaan ibu Chef Wan itu, dilihat saudara mara hadir di wad hospital untuk membacakan Surah Yasin.

Cerita Chef Wan lagi dia sungguh lega bila melihat ibunya tenang dan tidak dalam kesakitan. Selain itu Chef Wan juga mengajar ibunya yang dipanggil Cik Ani mengucap serta memasangkan ayat-ayat Al-Quran.

Sponsored

Malah Chef Wan turut memberitahu rancangan pengkebumian ibunya bila tiba masa itu nanti. Berikut adalah tulisan penuh Chef Wan tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Walau bagaimanapun perkongsian keadaan ibu Chef Wan disalah erti bagi sesetengah pihak dan membuatkan chef popular ini kurang senang dengan perkara tersebut. Ini kerana beberapa media telah menulis yang ibu Chef Wan sudah meninggal dunia.

Sponsored

Berikut antara luahan Chef Wan yang menafikan laporan tidak benar tersebut:

“Do they read and get their fact right? Or tak faham English?” Tulis Chef Wan.

Sponsored

Malah satu lagi muat naik mengenai perkara tersebut turut membuatkan Chef Wan tidak senang dengannya.

“Yang ni pun sama…They understand English tak?”

Malah menerusi perkongsian di Instagram anak Chef Wan, Serina memohon orang ramai mendoakan neneknya itu.

Dalam tulisan Serina itu dia memberitahu neneknya kini sedang tenat di hospital kanser tahap 4 dah merebak. Tambahnya lagi semoga Allah mudahkan urusan dan perjalanan nenek dan diberikan kekuatan kepada papanya (Chef Wan).