Sejak akhir-akhir ini hubungan pelakon, Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya menjadi perhatian ramai. Berbalas kenyataan di video yang dimuat naik menerusi media sosial masing-masing, status hubungan pasangan ini terus menjadi tanda tanya ramai.
Terkini tular pula dengan rakaman siaran langsung, individu bernama Datuk Seri Khazrul Elzey yang dimuat naik semula yang mengatakan dia masih sayang dengan bekas tunangnya, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan bahasakan dirinya sebagai Anju.
Bekas tunang akui masih sayang
“Dia kata dia sayang sayang, saya lagi sayang dia. Maut-maut saya sayang dia sampai botak kepala saya”, kata bekas tunang akui masih sayang dalam rakaman tersebut.
Akan berbincang dengan ‘daddy’
Selain dari itu, bekas tunang kepada pelakon berusia 35 tahun itu turut memberitahu akan berjumpa bapa kepada Zarina untuk berbincang mengenai hubungan mereka pada 17 hari bulan nanti. Sempat juga dia minta orang ramai doakan baik-baik buat mereka.
“Nanti saya akan jumpa my daddy. Saya akan bincang dengan dia. Doakan yang baik-baik buat kami. Keputusan untuk kami, semoga semua berjalan dengan lancar.”
Anju beritahu status hubungan
ada satu rakaman yang memaparkan Anju menonton bekas tunang akui masih sayang sambil pelakon ini tersenyum, namun dirinya sendiri telah mendedahkan mereka hanya berbaik dan tiada perancangan untuk berkahwin.
“Dah hanya berbaik tapi sebagai berkawa. Tiada planning nak kahwin, hanya berkawan..okay ldah last, tak yah cerita lagi dah”, kata Anju menerenangkan mengenai hubungannya.