Cikgu Dan Rakan Sekolah Tampil ‘Backup’ Uqasha Senrose, “Dia Nangis Dalam Toilet Sebab Kena Buli…”

Sponsored

Semalam kecoh di Twitter apabila seorang individu mendakwa dia pernah dibuli oleh pelakon Uqasha Senrose semasa di bangku sekolah dahulu. Menurut individu itu, dia mengalami tekanan melampau selepas dibuli secara mental dan turut melalui gangguan seksual oleh pelakon wanita itu.

Susulan pendedahan mengejutkan ini, Uqasha telah melakukan satu siaran langsung di platform Tik Tok bagi menjelaskan isu tersebut. Jelasnya, itu merupakan satu bentuk fitnah dan menggesa individu terbabit mengemukakan bukti sekiranya benar pelakon itu adalah seorang pembuli.

Sponsored

Isu tersebut masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial di mana kini beberapa rakan sekolah Uqasha tampil mempertahankan pelakon itu. Ujar mereka, Uqasha merupakan seorang pelajar yang pendiam di sekolah dan tidak pernah mengganggu sesiapa di sekolah mereka.

“First time I cakap dengan Uqasha dalam toilet sekolah, at that time kitaorang start cakap pun sebab I kesian tengok Sha dia nangis sorang-sorang dalam toilet sebab dia baru lepas kena buli.”

Sponsored

Menurutnya, dia mula berkawan dengan pelakon itu selepas melihatnya menangis di dalam tandas seorang diri gara-gara dibuli oleh pelajar lain. Selain itu, beberapa individu yang mengaku sebagai cikgu di sekolah terbabit menafikan dakwaan Uqasha adalah seorang pembuli.

Salah seorang cikgu yang pernah mengajar di sekolah tersebut mendedahkan Uqasha adalah seorang pelajar yang disenangi oleh rakan-rakan lain. Malah dia memberitahu Uqasha juga seorang pelajar yang pendiam dan mempunyai peminat yang ramai oleh kerana kecantikannya itu.

Sponsored

“Dia pendiam je walaupun ramai peminat sebab dia cantik. Sekejap je dia bersekolah di situ lepas tu tukar ke subang jaya rasanya.”

Cikgu terbabit juga memaklumkan Uqasha kemudiannya berpindah ke sekolah lain sama seperti apa yang dikongsikan oleh pelakon itu di dalam siaran langsung semalam. Terdahulu, individu yang mendakwa menjadi mangsa buli Uqasha memberitahu terpaksa berpindah ke sekolah lain gara-gara tidak tahan dibuli pelakon itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter