Azhar Sulaiman Gugur Air Mata Lepas Baca Skrip Projek High Council Episod Akhir, “Nampaknya Episod Terakhir Sungguh Sedih”

Sponsored

Projek High Council antara naskah yang mendapat perhatian ramai sejak awal tayangannya lagi. Sebuah drama dari Astro Originals ini membariskan pelakon baru dan lama serta jalan ceritanya memang cukup membuatkan penonton teruja menyaksikannya.

Ada babak kekeluargaan, aksi, persahabatan, bapa dan anak serta banyak lagi nilai yang boleh didapati dari drama Projek High Council ini. Tayangan drama berkualiti ini hampir tiba di penghujungnya.

Sponsored

Terbaharu salah seorang pelakon drama ini iaitu Azhar Sulaiman gugur air mata lepas baca skrip Projek High Council seperti yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya baru-baru ini.

Berikut adalah perkongsian video Azhar Sulaiman gugur air mata yang dimuat naik oleh pelakon ini selepas membaca skrip bagi episod terakhir Projek High Council tersebut:

Sponsored
@theazharsulaiman

Teruklah sangatlah Perangai semua Writers Projek High Council ni….Ciss!!

♬ original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Dalam rakaman itu Azhar Sulaiman yang memegang karakter sebagai Firdaus Ismet mendedahkan penulis skrip drama tersebut sangat ‘teruk’ kerana berjaya mempermainkan emosi pelakon ini.

Nampaknya pendedahan Azhar Sulaiman ini memberikan bayangan penamat drama tersebut akan ada babak sedih atau pun keluarga Firdaus Ismet terdiri dari Naim, Fakhri dan bekas isteri akhirnya bersatu kembali.

Sponsored

“Uncle jangan nangis uncle nanti saya pun nangis sekali macam mana tak ready nak tengok Naim nanti”

“Papa kalau tak nak tunjuk betul2 jangan tunjuk ok, da curious sangat ni”

“Azhar Sulaiman memang best berlakon..High Council semua watak best”

“Nampaknya ending dari high council episod terakhir sungguh sedih”