“Dia campak lembut je tu”- Berenang dikatakan nampak Alisa Aisyah terkejut, netizen ‘backup’ Hairul Azreen

Sponsored

Keluarga selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama dua anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah sering sahaja menjadi perhatian di media sosial. Apa sahaja dilakukan oleh pasangan ini dan anak-anak mereka tentu mencuri tumpuan ramai.

Baru-baru ini pula, satu rakaman video Alisa Aisyah berenang disamping dibantu oleh Hairul Azreen membuatkan ramai tertarik untuk menonton gelagat comel si cilik popular ini.

Sponsored

Alisa Aisyah berenang jadi perhatian ramai

Pun begitu, dalam dia berenang itu disaat Hairul Azreen meletakkan dirinya ke dalam kolam dengan berani wajah Alisa Aisyah dikatakan terkejut sehingga menjadi perbualan diruangan komen.

Sponsored

Perkongsian Hairul Azreen itu membuatkan ruangan komen ditinggalkan pelbagai reaksi oleh netizen yang merasakan Alisa Aisyah juga macam terkejut.

‘Macam tu dia campak’

Sponsored

Walau bagaimanapun, melihatkan cara Hairul Azreen itu membuatkan ramai tampil ‘backup’ pelakon aksi terkenal itu yang pastinya sudah memberikan latihan yang mencukupi buat Alisa Aisyah sehingga boleh dilakukan sedemikian.

‘Anak dia memang masuk kelas renang la, lagipun dia campak lembut je tu. Depan mata dia, tak rilek la netizen ni’

‘Dia dah latih anak-anak dia dari kecik guys, sebab tu lah dia boleh campak cam tu. Kalau anak dia tak pandai berenang dia pun takdenya nak campak…’

Alisa Aisyah

‘Weh memang kalau mahu belajar berenang kena buat gini…’

Alisa Aisyah
Hairul