“Dia professional”- Video Puteri Sarah dirakam peminat tengah ‘shooting’ tular

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, nama Puteri Sarah Liyana begitu mendapat perhatian media dan warganet serta peminat. Malah rakan selebriti juga ramai memberikan sokongan buatnya. Hal ini kerana, isu rumahtangganya yang didedahkan baru-baru ini semakin mengejutkan buat ramai.

Walau bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini seperti diketahui, telah kembali aktif semula dalam dunia lakonan dan ia menerima pujian peminat dengan hasil lakonannya dalam beberapa buah drama terbaharu tahun lalu.

Sponsored

Makin aktif dalam dunia lakonan

Puteri Sarah ternyata membuatkan warganet memberikan pujian terhadapnya kerana dalam pada kemelut rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, dia tetap sahaja bersikap professional dengan kerjanya.

Sponsored

Menerusi satu muat naik klip video oleh seorang peminat Puteri Sarah meluahkan rasa terujanya apabila baru-baru ini terserempak dengan pelakon jelita itu yang sedang shooting bersama Hannah Delisha. “Boleh pulak ada kat Bangi. Semoga terus kuat demi anak-anak.”

@fasha89

boleh pulak ada kat bangi 😆 semoga terus kuat demi anak2 😍 #puterisarah #puterisarahliyana #fighter

♬ amrlhxzqqq – ^^

Hantaran peminat Puteri Sarah itu membuatkan ramai warganet tertarik melihatkan keadaan Puteri Sarah yang cukup professional dengan kerjanya dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sponsored

‘Dia professional dengan kerja dia kan, dia tak campur aduk kerja dengan problem, good’

Puteri Sarah

‘Sabar Sarah. Tak teruji Iman seorang itu selagi tidak diuji oleh Allah. Redha susah, tapi tinggi darjatnya di sisi Allah’

‘Kalau jumpa, nak jumpa depan-depan. Nak pelok dia, tu pun kalau dia oklah’

Sumberfasha89