“Suami harus memainkan peranan”- Reaksi Yusof Haslam di Melodi ‘dihujani’ emoji menangis selebriti

Sponsored

Selepas pengumuman oleh pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof mengenai perkahwinannya dengan Ira Kazar yang dikongsikan dilaman media sosial miliknya nampaknya tidak henti-henti ia menjadi perhatian serta perbualan di media sosial. Malah Puteri Sarah juga memberikan beberapa kenyataan tentang persoalan yang timbul.

Walau bagaimanapun terbaharu, kemunculan Datuk Yusof Haslam di satu rancangan, Melodi mencetuskan ramai turut sama menangis apabila pengarah terkenal ini dilihat sedih dan kecewa dengan tindakan anak lelakinya itu kerana tidak berterus-terang dari awal selepas empat tahun kemelut rumahtangganya itu berlaku.

Sponsored
Kredit foto: Melodi

Menerusi temubual Melodi yang mendapatkan Datuk Yusof Haslam membuatkan ramai warganet turut sedih melihatkan pengarah terkenal ini yang dalam pada masa yang sama memberikan pesanan buat Syamsul Yusof tentang rumahtangga dan peranan sebagai seorang suami.

Dalam pada merasa terkilan, Datuk Yusof Haslam turut tidak dapat menahan sebaknya disaat berkata dia sebagai seorang ayah mendoakan yang terbaik. “Dan saya sebagai… sebagai ayah, saya sentiasa doakan yang terbaik. Itu sahaja.”

Sponsored

Perkongsian yang turut mendapat perhatian ramai di Instagram Melodi nampaknya turut membuatkan rakan selebriti terkenal turut meninggalkan komen mereka. Kebanyakan selebriti memberikan komen dengan emoji menangis selepas muatnaik tersebut dikongsikan.

‘I also cry…’

Sponsored

‘Saya pun nak ikut Dato sedih juga…’

Yusof haslam

‘Ayah sampaikan menitiskan air mata kecewa kerana dibelakangi anak kesayangan…’

Yusof haslam
SumberMelodi