“Dia punya gelak tak rilek”- Cubaan Afifah Nasir naik gelongsor air jadi perhatian ramai

Sponsored

Buat penonton rancangan lawak berjudul Sepahtu Reunion Live, tentu sudah cukup kenal dengan perangai lucu pelakon jelita Afifah Nasir. Sehinggakan dia dan Ramona Zam Zam menjadi tetamu jemputan kesukaan penonton rancangan Sepahtu Reunion Live.

Terutama apabila kedua-dua pelakon terbabit tidak boleh menahan ketawa apabila berlakon di rancangan tersebut. Malah ramai yang juga suka dengan cara Afifah Nasir apabila ketawa yang spontan dikeluarkannya.

Sponsored

Gelak Afifah Nasir hiburkan ramai

Satu perkongsian terbaharu Afifah Nasir bagaimanapun dengan pantas nampaknya mengundang rasa terhibur netizen dengan gelagatnya selepas mencuba gelongsor air panjang. Afifah Nasir yang sempat didengar gelak ketika itu menarik tumpuan ribuan netizen.

Sponsored

Dalam rakaman video pendek dikongsikannya ini memaparkan Afifah Nasir mencuba gelongsor air panjang. Keberanian pelakon ini membuatkan netizen hadir dengan ribuan tanda suka ditinggalkan di perkongsiannya ini.

Perkongsian Afifah Nasir itu dalam pada masa yang sama turut dihujani dengan pelbagai reaksi terhibur netizen terhadap perangai lucunya apatah lagi apabila ketawa yang mana dia dilihat sering sahaja ketawa malah dalam mencuba gelongsor air panjang yang agak mencabar tersebut juga sempat dia tergelak.

Sponsored

‘Dia ni pi mana enjoy, suka tengok dia gelak jaa memanjang hahaha’

‘Bahaya laa Fiefa ni, tak kira malam ke siang… mengilai je’

‘Adoii Afifah Nasir ni dengan ketawa memang terbaik terhibur aku’

‘Afifah gelak berpisah tiada. Dalam seram pun gelak besar ye…’