Pelakon terkenal, Izara Aishah membuatkan ramai peminatnya teruja selepas dia memuat naik satu rakaman video berserta mendedahkan sesuatu kepada umum terutama buat para wanita.
Difahamkan pelakon jelita ini bakal melancarkan hijab jenamanya sendiri dan menerusi muat naik Izara Aishah ini, dia bakal melancarkan pada bulan Ramadan nanti. Peminat Izara Aishah bagaimanapun meluahkan rasa teruja mereka untuk memiliki hijab jenama daripada pelakon jelita ini.
Perkongsian Izara Aishah jadi tumpuan peminat
Menerusi perkongsian Izara Aishah yang mendapat perhatian ramai dengan ditinggalkan ribuan tanda suka ini pada awalnya memaparkan dia menunjukkan tutorial, namun begitu apa yang menariknya pula diruangan kapsyen dia mendedahkan bakal melancarkan hijabnya sendiri.
“Ini instant hijab from my own brand, coming this Ramadhan. Nak tunjuk tutorial? Hehe.” Tulis Izara Aishah di hantaran video tersebut yang mana peminat teruja untuk mendapatkannya nanti dan dalam pada itu, ada juga yang berharap agar pelakon jelita ini menjualnya dengan harga ‘marhaen’ selepas dilancarkannya.
‘Hopefully kalau pakai cantik macam Izara. Selalu beli tudung artis tak sama kejadiannya’
‘Nak, sebab mesti bidang besar, nak ikut sebijik macam Izara pakai shawl apa besar macam mana dan tutorial…’
‘Ok akan beli for raya! Seumur hidup tak pernah pakai shawl tapi sebab kak Izara yang jual…’
‘Cantik hope harga rakyat marhaen mampu beliii’