“Kita tunggu”- Mustapha Kamal kongsi foto Samer, Yoe Parey & Asif tarik perhatian ramai

Sponsored

Baru-baru ini Youtuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli mendedahkan bahawa pelakon, Samer akan berlakon dengan pelakon senior terkenal, Mustapha Kamal dalam Supertele Astro.

Pendedahan Syahmi Sazli itu menerima komen baik peminat Samer yang mana dia merupakan pelakon baharu Syahmi Sazli yang begitu popular di Facebook kerana karakternya. Tidak disangka-sangka nama Samer semakin menjadi perhatian warganet. Walau bagaimanapun, pelakon Mustapha Kamal pula memuat naik perkembangan lakonan mereka itu kepada umum.

Sponsored
@mustaphakamaal

Salam … Papa bersama pelakon pelakon istimewa ciptaan Syami Sazly Production dalam ‘Sehari sebelum Raya’ , dapat ditonton pada bulan puasa tahun ni … in sya Allah .. Tak kering gusi dengan mereka ni .. Samer Yoe dan Asif …

♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

“Salam papa bersama pelakon-pelakon istimewa ciptaan Syahmi Sazli Production dalam ‘Sehari Sebelum Raya’ dapat ditonton pada bulan puasa tahun ni insyaAllah… tak kering gusi dengan mereka ni,” tulis Mustapha Kamal pula memperkenalkan pelakon-pelakon yang terlibat selain dirinya adalah Yoe Parey dan Asif.

Ternyata peminat dan warganet begitu teruja untuk menantikan lakonan tiga pelakon popular Syahmi Sazli itu ditambah pula digandingkan dengan pelakon senior yang terkenal dengan wataknya sebagai ‘papa’ dalam drama. Selain itu, perkongsian Anissa Faizul juga mencuit hati ramai apabila dapat melihat video disebalik tabir lakonan mereka.

Sponsored

Ramai sambut baik dan tunggu lakonan Samer, Yoe Parey dan Asif bersama Mustapha Kamal

‘Aku tak kan benti suka bila tengok team Syahmi Sazli berlakon dan menghiburkan seluruh anak Malaysia’

Sponsored

‘Papa Megah Holding ada mesti mantap’

‘Yoe manja dengan Papa’

‘Asal bukan cerita cinta, datuk-datuk opis besar kita follow’