Diana Danielle failkan cerai, tiada persefahaman antara punca

Sponsored

Pelakon dan model jelita baru-baru ini mengejutkan ramai apabila dilapor Diana Danielle failkan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil. Berita mengenai perkara tersebut turut mendapat perhatian umum.

Menerusi laporan Harian Metro, Diana Danielle membuat permohonan cerai pada awal bulan lalu. Difahamkan Diana memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Sponsored

Sudah tidak tinggal sebumbung

Selaian dari itu, khabarnya Farid Kamil dan Diana Danielle sudah tidak tinggal sebumbung. Bagaimanapun Farid Kamil dilaporkan enggan melafazkan cerai di sesi berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari hari ini.

Susulan itu, pasangan pelakon ini diperintahkan oleh Hakim Syarie, Shukran Yusof untuk menjalani Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan Diana Danielle failkan cerai ditetap semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Sponsored

Pernah kongsi pendapat mengenai perceraian

Dalam laporan berbeza, Diana pernah ditanya pendapatnya mengenai perceraian dalam rumahtangga. Jawapan Diana Danielle adalah seperti berikut:

“Saya rasa, tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab dan kita tak boleh bercakap banyak kerana masing-masing, ada kekurangan dan kelebihan,” katanya.

Sponsored

Pasangan pelakon ini telah disatukan dalam satu majlis gilang gemilang pada 3 November 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Pendedahan Farid Kamil

Terdahulu, Farid Kamil ada mendedahkan isterinya itu pernah dipukul oleh pengarah dan pelakon kontroversi semasa bercinta. Pendedahan Farid Kamil itu juga turut menyatakan biarpun sudah buat laporan namun perkara yang berlaku bertahun-tahun lamanya tersebut tiada sebarang tindakan diambil.

Malah lebih mengejutkan individu sama dimaklumkan turut mengasari isterinya beberapa minggu lalu. Pengarah tersebut kini dalam kemelut rumahtangga yang juga hangat diperkatakan.