Selepas 12 Tahun, Hidayah Dipuji Masih Jaga Anak-Anak Arwah Abang Dengan Baik, “Tetap Menjadi Satu Keluarga…”

Sponsored

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di platform Tik Tok. Di dalam perkongsian tersebut, Hidayah dilihat membawa anak-anak buahnya bersama kakak ipar keluar berjalan-jalan.

Difahamkan, abang kepada Hidayah telah pergi menghadap Ilahi 12 tahun yang lalu dan meninggalkan isteri serta empat orang anak. Namun wanita itu masih mengekalkan hubungan baik bersama kakak iparnya itu bersama keluarganya walaupun selepas ketiadaan abangnya.

Sponsored

“Alhamdulillah dikelilingi orang yang sangat-sangat baik. Walaupun arwah abangku tiada tetap menjadi satu keluarga sampai bila-bila.”

@hidayah_hamzah

Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 ❤️#keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku

♬ Somewhere Only We Know – Gustixa

Dalam masa yang sama, Hidayah memaklumkan dia menjaga amanah untuk mengasihi anak-anak yatim ini seperti mana dia menjaga anaknya sendiri. Perkongsian dari Hidayah ini turut menerima pujian dari netizen yang berasa terharu dengan sikap keluarganya menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen menganggap sikap baik yang ditunjukkan Hidayah ini menjadi salah satu sebab wanita itu kini berjaya dan mempunyai pendapatannya sendiri. Malah netizen turut membandingkan dengan layanan yang diberikan oleh keluarga di ‘sebelah sana’ kepada wanita itu.

“Patut lah Hidayah kuat, ada doa yang kuat disebaliknya. Doa anak yatim untuk mak sedaranya.”

Sponsored

“Contoh terbaik buat si DIA.”

“Terbaik Dayah, ini baru betul.”

Terdahulu, kemelut hubungan di antara Hidayah dan adik iparnya, Ali Puteh masih lagi belum menemui jalan noktahnya. Difahamkan, pelawak itu mendakwa telah menerima satu notis daripada pihak mahkamah berhubung rumah ibunya di Gombak yang telah disita. Ini susulan kerana Ali Puteh gagal melunaskan bayaran RM60,000 yang sepatutnya diberikan kepada kakak iparnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok