Farid Kamil Dedah Diana Danielle Pernah Dipukul ‘Individu’ Sama Dan Trauma Hingga Kini

Sponsored

Semalam muat naik luahan seorang pelakon dan pengarah, Farid Kamil menerusi Instagram Stories miliknya telah mencuri perhtatian ramai. Luahan yang dibuat lewat petang semalam itu turut menjadi tanda tanya berkenaan siapakah yang diceritakannya kerana selebriti ini tidak memetik sebarang nama.

Tulis Farid Kamil seorang lelaki tak boleh memukul wanita walau dengan apa juga alasan. Malah Farid turut meluahkan kekecewaannya apabila tiada tindakan diambil walaupun laporan polis sudah dibuat.

Sponsored

Laporan itu dibuat pada 2005 dan sehingga 2020 masih tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa membuatkan Farid Kamil persoalkannya.

“Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023..Macam filem, kita putar semula rodha rodha kehidupan..”

Sponsored

Dalam satu muat naik berbeza, pelakon ini mengakui yang insan yang dikatakan telah memukul Diana pada tahun 2005. Disebabkan peristiwa berkenaan, isterinya, Diana masih trauma hingga sekarang.

“Untuk rekod ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005, report tapi tiada tindakan…”

Sponsored

Tambah Farid Kamil dedah Diana Danielle pernah dipukul hingga menyebabkan trauma yang ditinggalkan individu tersebut tiada siapa yang dapat mengubatinya. Lebih mengejutkan pada 2023 individu itu masih memukul wanita lagi.

“Ko sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. Take pic senyum dengan gigi palsu tu jari tunjuk ke atas..? Macho ke pukul wanita ni?” – Farid Kamil dedah Diana Danielle pernah dipukul..

Menerusi bayangan-bayangan yang ditulis dan diberikan Farid Kamil ini mungkin ramai kepada siapakah ditujukan muat naik luahan tersebut.