Semalam, pelakon Diana Danielle sempat memaklumkan kepada pihak media bahawa anak perempuannya, Aurora trauma semasa ditanyakan tentang Farid Kamil yang dihalang berjumpa anak-anak mereka. Kenyataan ini kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap pelakon lelaki itu.
Farid kamil tampil memberi respon mengenai dakwaan anak bongsunya yang trauma sehingga dihalang dari berjumpa dengannya. Menurut Farid, dia langsung tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh isterinya itu malah dia sendiri tidak pasti mengapa dia dihalang dari berjumpa kedua-dua anaknya itu.
“Aurora trauma apa? Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak.”
Tambahnya lagi, dia sendiri tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Diana membuat keputusan untuk menghalangnya dari bertemu anak-anak mereka secara tiba-tiba. Difahamkan, Farid sudah 23 hari tidak berjumpa dengan Muhammad dan Nur Aurora.
“Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang dari berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana.”
Dalam masa yang sama, Farid memaklumkan dia tidak tahu di manakah anak-anaknya itu berada sekarang ini selepas lebih 20 hari tidak bertemu mereka. Walau bagaimanapun, pelakon itu enggan mengaibkan isteri dan anak-anaknya sebaliknya akan menyerahkan kepada pertimbangan mahkamah.
“Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.”
Terdahulu, Diana memaklumkan anak bongsunya berada dalam keadaan trauma semasa ditanyakan mengenai Farid yang tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya. Namun Diana tidak mendedahkan dengan lebih lanjut apakah yang menyebabkan Aurora trauma sehingga dihalang dari berjumpa bapanya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.