“Saya Rasa Tak Adil”, Ali Puteh Akui Karier Terganggu Disebabkan Kontroversi Keluarga

Sponsored

Isu yang timbul antara balu arwah Abam, Hidayah dengan adik iparnya, Ali Puteh sejak tiga tahun lalu nampaknya masih belum surut. Kontroversi faraid sejak tiga tahun lalu ini telah memberikan tamparan hebat kepada kehidupan Ali Puteh.

Sebelum ini Ali Puteh cukup terkenal sebagai seorang pelawak dan kini dia akui sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni. Ini antara punca utama yang menyebabkan Ali Puteh akui mengalami kekangan untuk menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu.

Sponsored

Tawaran kerja tak seperti dulu

Memetik laporan Harian Metro, Ali Puteh akui menggunakan segala platform miliknya untuk menjelaskan tuntutan yang diarahkan mahkamah tersebut.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

Sponsored

Ali Puteh pelik kariernya terganggu sebabkan isu ini

Ali Puteh atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga berkata berasa pelik mengapa kerjayanya sebagai anak seni terganggu hanya kerana isu yang berlaku itu. Ini kerana katanya isu itu adalah hal keluarga dan dia bukanlah penjenayah yang boleh membuatkan kerjaya terhenti.

“Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu,” Ali Puteh akui karier terganggu sebabkan isu ini.

Sponsored

Rasa tak adil, harap tak berpanjangan

Malah Ali Puteh turut akui isu keluarganya ini turut beri kesan pada kariernya seolah tidak adil buat dirinya.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” kata Ali Puteh akui karier terganggu sebabkan isu ini.

Tambah pelawak ini lagi dia akan cuba selesaikan bayaran tuntutan tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Tuntutan rumah tidak boleh ditunaikan

Susulan rumah arwah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata tidak boleh serahkan kepada kakak iparnya itu kerana ia adalah rumah pusaka arwah ibunya.

Disebabkan itu dia dan adik-beradik lain akan bayar sama berkenaan dan turut akui tidak mahu teruskan hal ini di mahkamah lagi. Katanya lagi jika sudah jelaskan bayaran pun rumah itu masih dituntut, Ali sendiri tidak tahu mahu berkata apa lagi.

Untuk info, tuntutan RM60,000 itu perlu diselesaikan Ali Puteh atas arahan mahkamah kepada Hidayah kerana pelawak tersebut mengeluarkan kata-kata mengaibkan balu Arwah Abam di Instagram dua tahun lalu.