Dikatakan Biadab, Peserta ATNM Buka Mulut, “Yang Cakap Tu Macam Tahu Je Apa Jadi Belakang Stage…”

Sponsored

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang gelagat seorang peserta muda dalam rancangan All Together Now Malaysia musim yang kedua. Di dalam episod terbaru yang disiarkan hujung minggu lalu, peserta perempuan berusia 16 tahun itu telah menjadi bualan ramai di media sosial.

Semuanya gara-gara reaksinya semasa menjawab soalan daripada juri yang dikatakan biadab dan kurang ajar. Malah Catriona Ross selaku juri di dalam rancangan itu juga turut menasihatkan gadis itu untuk menjaga tingkah lakunya dan menjaga adab ketika bercakap.

Sponsored

“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan I sebut kan buat ingatan kita bersama.”

Tampil meluahkan perasaan

Susulan apa yang berlaku ini, gadis berusia 16 tahun itu telah menerima kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya berasa kurang senang dengan gelagatnya yang kurang beradab ini. Sedar dirinya menerima kecaman dari netizen, gadis itu tampil bersuara di media sosialnya mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Sponsored

Menurut gadis itu, dia mengakui kesalahannya itu dan akan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut, dia memberitahu cukuplah hanya dia dan keluarga sahaja yang tahu apa sebetul-betulnya berlaku di belakang pentas.

“Yang cakap tu kan macam tahu je apa yang jadi belakang stage, macam tahu je apa yang Astro nak semua.”

Sponsored

Tambah gadis itu lagi, dia tidak perlu menjelaskan kepada orang ramai kerana ada segelintir pihak yang tidak peduli dengan perkara sebenar. Difahamkan, gadis itu telah pun menukar akaun media sosialnya kepada mod privasi selepas dikecam teruk oleh netizen.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter