Abang Viva Sampai Lokasi Banjir, Ramai Bersyukur ‘Hero Rakyat’ Masih Sudi Bantu

Sponsored

Sejak semalam kecoh dengan video penjelasan Abang Viva bila ada yang pertikaikan mengapa dia tidak turun padang bantu mangsa banjir yang kini sedang melanda Kelantan dan Terengganu. Dalam rakaman tersebut, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menjelaskan dengan terperinci mengenai kos perjalanan untuk tiba ke lokasi.

Ceritanya kerja membantu mangsa banjir adalah sukarela bukannya pekerjaan tetap dan dia sudah berkahwin dan perlu utamakan yang sepatutnya. Bagaimanapun di sebalik kekecohan itu, beberapa perkongsian rakaman dengan paparan Abang Viva hadir bantu mangsa banjir telah menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Abang Viva sampai lokasi banjir dalam diam

Dalam satu perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna dengan nama mayahouseboat, dipaparkan Azwan Omar sedang sibuk buat persediaan bot miliknya untuk turun bantu mangsa banjir.

Berikut adalah rakaman Abang Viva hadir bantu mangsa banjir dalam diam yang dikongsikan ini:

Sponsored
@mayahouseboat

Ada sape kenal ke? Boleh tolong tag dia tak 🫶🏼🤲🏼 Terima kasih Abang Viva mari tempat kitorang 😘 wira penyelamat. semoga rezeki berlimpah ruah buatmu #fyp #abangviva #banjir2022 #prayforhuluterengganu #prayforterengganu

♬ original sound – ᶜⁱᵏᵖʲᵃᵃ – CikPjaa

Hero rakyat dah sampai Kuala Berang

Malah di Twitter juga beberapa foto dengan paparan Abang Viva sedang sibuk buat persiapan untuk bantu mangsa banjir turut dikongsikan dan mendapat perhatian umum. Berikut adalah perkongsian Abang Viva sampai lokasi banjir tersebut:

Biarpun Abang Viva hanyalah sukarelawan bantu mangsa banjir namun kelibatnya tetap dinanti-nantikan ramai. Ini betul-betul hero orang ramai!

Sponsored

Ramai syukur dengan kehadiran Abang Viva

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur mereka selepas kelibat Abang Viva kelihatan di lokasi banjir. Malah ada juga yang pertikaikan mengenai pihak berwajib. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Dok baik kate buruk2 ke abe viva dia sudi mari doh tu. Alhamdulillah”

“Dia ada keje hakiki..Tapi ramai yang mengharapkan bantuan dari dia…Dia kena ambil cuti dari bos dia..Semoga dipermudahkan urusan abang viva dan team”

“Berapa hari pulak kan abang viva ambik cuti. YB pilihan masa mengundi tu lain la. Gaji jalan p mana2 pon”

“Aku sangat teruja dengan kebaikan abang Viva ni start dia bantu orang tanpa ada duit dan makan roti. Terima kasih abang viva semoga Allah murahkan rezeki abang viva..”