Dikecam Tindik Hidung, Shila Amzah Akui Mahu Cari Kelainan Lepas Bercerai, “Bila Ada Overprotective Family..”

Sponsored

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya pada Februari tahun lalu. Berita tentang perpisahan di antara Shila dan bekas suaminya itu juga turut mengejutkan ramai.

Selepas berpisah, Shila dilihat kembali aktif di dalam bidang seni tanah air dengan penyertaannya di dalam beberapa rancangan nyanyian seperti Gegar Vaganza. Terbaru, Shila menjadi bualan ramai apabila dia mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan ‘influencer’ dikenali sebagai Ubai.

Sponsored

Imej penyanyi itu yang kelihatan berbeza dari dulu juga turut menjadi bualan ramai terutamanya apabila Shila dilihat menindik hidungnya. Menurut Shila, dia sebenarnya ingin mencari kelainan selepas bercerai dengan suaminya pada tahun lalu.

“Bila ada overprotective family, awak nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi selepas saya cerai, saya nak buat sesuatu. Sha macam nak something different.”

Sponsored

Penampilan Shila itu sebelum ini telah menerima kecaman ramai di mana rata-ratanya terkejut melihat penyanyi itu menindik hidungnya. Imej itu pertama kalinya dilihat semasa Shila menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9 pada tahun lalu dan sehingga kini dia masih lagi memakainya.

“Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi.”

Sponsored

Tambah Shila, dia sebenarnya memang sukakan piercing sejak di bangku sekolah lagi dan baru kini dia mencuba imej tersebut. Walaupun menerima kecaman hebat di atas penampilannya ini, Shila memberitahu dia menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.

Sekadar info. Shila Amzah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya Haris pada April 2018 namun pasangan itu memilih untuk berpisah pada tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.