Aafiyah Sambung Baca Surah, Peminat Luah Bangga Dengan Didikan Siti Nurhaliza

Sponsored

Anak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang dikenali dengan nama Siti Aafiyah sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Baru berusia 5 tahun, Siti Aafiyah terus mencuri ‘hati’ ramai dengan keletahnya yang bijak.

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Siti Aafiyah sambung baca Surah menggunakan mikrofon telah meraih perhatian warganet. Gelagat comel dan bijak Aafiyah ini telah membuatkan ramai memuji anak cilik ini.

Sponsored

Difahamkan ketika rakaman itu dibuat, Siti Nurhaliza sedang mengemas bilik pejabatnya. Tulis Siti Nurhaliza di ruangan kapsyen, pada awalnya dia buka mikrofon itu mahu berkaraoke, namun belum sempat menyanyi anak sulungnya itu dah ambil alih.

Berikut adalah tulisan Siti Nurhaliza di ruangan kapsyen perkongsian rakaman yang dimuat naik di Instagram miliknya itu:

Sponsored

“Semalam sambil kemas bilik Office, sambil nyanyi & buka mic , ingat nak karaoke la 2-3 lagu.. Tak sempat ibu nak nyanyi Aafiyah dah takeover .. Ibu saja suruh dia baca surah Abasa 1-8 .. Masih ingat tak? Alhamdullillah ingat lagi .. hujung2 tu biasalah dah tak fokus..”

Ini pula adalah perkongsian rakaman dengan gelagat Siti Aafiyah sambung baca Surah Abasa yang telah membuatkan ramai ‘cair’ melihatkan keletahnya itu:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepandaian Siti Aafiyah yang menghafal Surah ini. Berikut antaranya:

“Aku pun tak hafal surah ni bagusnya Aafiyah. Tapi Brainy Bunch ni memang bagus bab hafal surah dalam solat memang tiptop”

“She is a bright girl! Syabas Aafiyah pandai baca Surah Abasa at that young tender age”

“Alhamdulillah bijak dan cerdik Aafiyah”

“Anak2 masa tadika memang hafal surah Abasa…Bila dah besar tak ingat dah”