Shila Amzah Nafi Jadi Perampas, “Kalau Diorang Together, Sha Pun Tak Ada Nak Kawan Dengan Ubai…”

Sponsored

Penyanyi Shila Amzah akhirnya mengesahkan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama personaliti media sosial, Ubai. Sebelum ini, hubungan di antara Shila dan Ubai menjadi bualan netizen selepas mereka dilihat akrab bersama malah turut menghadiri konsert penyanyi Melly Goeslow baru-baru ini.

Susulan pengumuman tentang hubungan mereka dikongsikan, timbul pula isu lain apabila Shila dikatakan sebagai perampas di dalam hubungan Ubai bersama wanita lain. Ini kerana Ubai sebelum ini pernah rapat dan mesra dengan seorang penyanyi wanita yang popular di media sosial.

Sponsored

Malah ramai yang mengatakan Ubai dan wanita tersebut mempunyai hubungan istimewa kerana sering muncul bersama di platform Tik Tok. Perkara ini kemudiannya mendapat perhatian dari Ubai yang menjelaskan hubungan di antara dia dan wanita yang disebut-sebut itu hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Rapat atas urusan kerja

“Kita tak boleh nak ubah benda yang dah lepas cuma kita boleh belajar daripada benda yang lalu. Saya dan dia, tak ada gaduh tak ada apa. Kami berdua okay sangat. Bercakap semua okay. Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma nak tinggal release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shila turut memberitahu sekiranya benar Ubai mempunyai hubungan dengan wanita itu, dia tidak akan sesekali menjadi ‘perampas’ dan meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Malah tambahnya, dia tidak akan mengganggu Ubai jika benar lelaki itu sudah mempunyai kekasih hati.

“Kalau diorang together, Sha pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain.”

Sponsored

Ubai turut menjelaskan dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan wanita yang dimaksudkan itu dan mereka masih lagi berkawan sehingga kini. Difahamkan, Ubai dan Shila menjawab tentang isu tersebut semasa melakukan sesi ‘live’ di Tik Tok di mana mereka menerima pertanyaan itu dari netizen.

Sekadar info, penyanyi Shila Amzah telah bercerai dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberoh bulan