Disangka isu rebut suami orang ‘sampai’ di Indonesia, rupanya video dari Shiha Zikir bikin jadi perhatian ramai

Sponsored

Sejak kebelakangan ini isu membabitkan tentang ‘perampas’ suami orang menjadi bualan hangat di media sosial ditambah pula terdapat pelbagai kisah yang tular sekali gus mengundang isu terbabit semakin mendapat perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, satu klip video penyanyi Shiha Zikir membuatkan ramai ‘hadir’ di muatnaiknya apabila segelintir individu menyangka isu rebut suami orang sudah sampai ke negara Indonesia.

Sponsored

Ramai salah sangka tengok Shiha Zikir

Ini kerana dalam muatnaik tersebut, Shiha Zikir yang sememangnya sering dikatakan mempunyai iras dengan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa membuatkan ada yang tersalah sangka dia adalah penyanyi tersebut.

Sponsored

Dalam pada itu, Shiha Zikir yang miming suara tentang rebut suami orang menyebabkan ramai terhibur dan turut memberikan ribuan tanda suka kerana content yang dihasilkannya itu.

@shihazikir

🫣🤭 Contact Lens : ShihaLens code Candy Brown Lipmatte : @Xmetic HQ code Rapunzel

♬ suara asli – CEO of Mesoh Mesoh – RURU RIRI

Hantaran Shiha Zikir itu dihujani dengan reaksi ramai yang pada awalnya menyangka isu rebut suami orang sudah sampai ke Indonesia hanya disebabkan dia disangka Rossa. Walau bagaimanapun, content dikongsikan Shiha Zikir membuatkan ramai suka dan meninggalkan pelbagai pujian diruangan komen.

Sponsored

‘Ta tengok nama dia. Ingatkan Rossa tadi hahaha tu pelik kenapa Rossa buat content gini. Rupanya Shiha hahaha’

‘Aku ingat Rossa tadi. Ingatkan cerita ni dah kecoh kat seberang’

‘Sampai Indonesia eh cerita…’

Shiha Zikir

‘Sekali pandang ingat kan Rossa, nampak komen baru perasan Shiha Zikir’

Shiha Zikir