Disoal pakai ‘filter’ ke tidak, Fatin Afeefa selamba buktikan, “Dia ni memang cantik tau”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon jelita, Fatin Afeefa ini. Meskipun semakin dewasa, nama Fatin Afeefa sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan masih sahaja meninggalkan kesan buat peminat dan netizen di Malaysia.

Fatin Afeefa bagaimanapun baru-baru ini semakin bahagia selepas sah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang dikenali sebagai Aliff Awang. Meskipun Fatin Afeefa sudah tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan namun dia sering sahaja menjadi tumpuan dalam video live di media sosial.

Sponsored

Pun begitu, satu rakaman video dia sempat berkomunikasi dengan warganet di media sosial menarik tumpuan ramai apabila pelakon ini disoal oleh salah seorang individu yang menarik tumpuan Fatin Afeefa tentang komennya mengenai effect atau filter yang mana adakah dia menggunakannya.

Fatin Afeefa bagaimanapun dilihat terus membuktikan dia tidak memakai sebarang filter dengan meletakkan tangannya dimuka namun ternyata gelagatnya itu mencuri tumpuan ramai apabila rata-ratanya memuji kecantikan Fatin Afeefa yang sememangnya cantik.

Sponsored

Meskipun begitu, tindakan komen yang ditinggalkan itu mengundang ada yang menyelar kenapa perlu dipersoalkan hal sebegitu.

‘Kenapa netizen suka cari bukti artis hodoh? apa kalau dia hodoh lagi layak dibenci gitu? Astaga’

Sponsored

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen ramai memberikan pujian terhadap Fatin Afeefa yang sememangnya sangat cantik.

‘Tengok Fateen ni tetap ingat cerita Tentang Bulan, comel je sampai sekarang suara dia sedap dengar’

‘Dia memang cantik ori’

‘Dia ni memang cantik tau’

‘Dia memang cantik. Takde makeup pun cantik’