“Apeni cantik sangat”- Nabila Razali dihujani komen pujian netizen & rakan selebriti

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi jelita Nabila Razali membuat persembahan live buat pertama kali bersama penyanyi, Khai Bahar. Penyanyi duet terbaharu ini mendapat perhatian ramai dengan nyanyian mereka selepas menjadi penyanyi jemputan di rancangan Famili Duo akhir yang berlangsung beberapa hari lalu.

Nyanyian Nabila Razali bagaimanapun membuatkan dia menerima pujian melambung peminat dan penonton rancangan Famili Duo apabila persembahannya dikatakan best sahaja. Terbaharu, Nabila Razali ternyata menarik tumpuan ramai lagi apabila dia berkongsikan momen ketika di rancangan tersebut.

Sponsored

Nabila Razali dilihat memuat naik beberapa keping foto yang menyebabkan outfit yang digayakan membuatkan dia dipuji ramai. Kecantikan Nabila Razali mengenakan outfit tersebut mencetuskan dia menjadi perbualan ramai di media sosial miliknya itu.

Menerusi muat naik tersebut Nabila Razali atau turut mesra dipanggil Bella turut mengucapkan terima kasih buat pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, Nabila Razali tidak hanya menjadi tumpuan peminat dan pengikut di Instagram miliknya malah rakan selebriti turut memberikan pujian terhadap pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada ini.

Sponsored

Rakan selebriti juga puji Nabila Razali

Ternyata ramai yang begitu tertarik dengan penampilan selebriti jelita ini ketika membuat persembahan di Famili Duo sehingga dia dihujani ratusan reaksi pujian diruangan komen.

Sponsored

‘Apeni cantik sangat’

‘Tahniah sebab suara sedap dan outfit Bella memang love terookk, tak sabar nak tunggu peluang ketiga pulak’

‘Nabila Razali serius lawa sangat’

‘Kenapa la cantik sangat, Aedy Ashraf’