Video Niezam Zaidi & Farisha Iris terima komen ramai, “Jangan patah hati ok semua”

Sponsored

Pelakon, Niezam Zaidi bukanlah asing lagi dalam dunia lakonan tanah air apabila dia juga mempunyai ramai peminat khususnya wanita. Niezam Zaidi juga merupakan antara pelakon lelaki yang sentiasa menjadi sorotan ramai.

Meskipun kemunculan pelakon-pelakon lelaki baharu kini namun Niezam Zaidi tetap menjadi antara pelakon kegemaran ramai di kaca televisyen. Bakatnya juga tidak perlu disangkalkan lagi apabila dia berjaya memegang pelbagai watak sebelum ini.

Sponsored

Sering jadi tumpuan peminat

Walau bagaimanapun, nampaknya ramai peminat Niezam Zaidi ‘patah hati’ selepas melihat video dia bersama penyanyi, Farisha Iris. Terdahulu kedua-dua artis ini pernah digosipkan bersama namun Farisha Iris mengakui dia selesa berkawan dengan pelakon tersebut.

Sponsored

Menerusi rakaman pendek ini memaparkan Niezam Zaidi duduk disebelah Farisha Iris sambil merakam gelagat mereka. Sempat juga kedua-duanya bergurau ketika itu dan gelagat mereka ini bagaimanapun menarik tumpuan ramai dengan ditonton lebih 300,000 kali.

@farisha_iris

Makan singgang sewaktu mood tak ok

♬ Sial – Mahalini

Menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut pula nampaknya peminat meluahkan rasa ‘patah hati’ melihatkan gelagat pelakon kacak tersebut bersama Farisha Iris sehinggakan pelbagai reaksi pula ditinggalkan peminat dan hantaran video tersebut juga ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored

‘Alaaa nak broken aa ceni, dah la minat tengok dia ayoo. Hahaha’

‘Weh boyfriend aku dah ada awek betul betul ke?’

‘Saya punya crush huwaa’

Farisha Iris

‘Jangan patah hati ok semua’