Dituduh Abaikan Pendidikan Anak, Fatin Afeefa Dedah Habiskan RM40,000 Hantar Ke Sekolah Antarabangsa

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa telah dituduh mengabaikan pendidikan anaknya apabila dia didakwa tidak menghantar anaknya ke sekolah. Di dalam satu siaran langsung di Tik Tok, pelakon itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap itu satu fitnah yang dilemparkan individu tak bertanggungjawab.

Menurut pelakon itu, dakwaan dia tidak menghantar anaknya masuk ke darjah satu adalah fitnah semata-mata. Sebaliknya, anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia telah dimasukkan ke sebuah sekolah antarabangsa dan sudah menghabiskan pengajian selama tiga semester.

Sponsored

“Saya hantar anak saya bersekolah di sekolah antarabangsa. Saya habiskan duit sebanyak RM40,000 ribu untuk membayar yuran selama setahun. Anak saya dah complete tiga semester dan dah masuk year 2. Macam mana boleh cakap anak saya tak masuk darjah satu?”

“Anak saya belajar international school, bukan silibus kebangsaan. Which is kalau dia sambungkan Ivy disitu dia akan belajar IGSCE level. RM40 ribu itu tak termasuk baju dan buku sekolah.”

Sponsored

Tambahnya lagi, dia mempunyai semua bukti pembayaran dan boleh membuktikan sendiri nama anaknya yang didaftarkan di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, Fatin turut meluahkan rasa kesal apabila dirinya difitnah tanpa sebarang bukti oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Bila orang fitnah cakap saya tak kisah pasal anak, tak sekolahkan anak. Saya sangat sedih. Saya bekerja untuk anak saya, tak tidur, balik pukul dua tiga pagi nak bayar sekolah anak saya.”

Sponsored

Jelasnya, sebagai seorang ibu dia bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya walaupun terpaksa bekerja sehingga lewat malam. Malah Fatin juga turut menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta tahfiz untuk memastikan mereka mendapat pendidikan agama yang baik.

Terdahulu, tular di media sosial dokumen tuntutan hak penjagaan anak yang dilaporkan Adam Shahz kepada mahkamah. Di dalam dokumen sulit itu, pelakon lelaki tersebut mendakwa Fatin Afeefa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak perempuan mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberxtra