Kongsi Video Masakan, Tapi Gaya Kening Tebal Eina Azman Jadi Perhatian -“Guna Marker Ke Masa Buat?”

Sponsored

Sebut sahaja nama Eina Azman, mungkin ramai yang terbayangkan bakat lakonan dan hebat di dapurnya. Seorang anak seni yang cukup menjaga ‘perut’ suami dengan masakannya, Eina Azman juga sering menjadi tumpuan ramai kerana sikap merendah dirinya.

Malah Datin Paduka Eina Azman juga sering memuat naik video dengan berkongsikan pelbagai resipi buat peminat-peminatnya. Sudahlah cantik, lemah-lembut, pandai memasak pula tu!

Sponsored

Bagaimanapun dalam satu perkongsian video memasak terbaharu Eina Azman ini telah menjadi tumpuan ramai. Bukan hanya kerana resipi yang dikongsikan, namun ada sesuatu yang membuatkan ramai perasan dan menegurnya.

Apa-apa pun jom kita tengok dulu resipi yang Eina Azman kongsikan menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini:

Sponsored

Nampak macam senang je kan cara masakan Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakina Binti Azman ini! Bagaimanapun, netizen tertarik dengan gaya kening tebal Eina Azman dalam video tersebut.

Ini membuatkan ramai menegur mengenai kening tebal Eina Azman tersebut di ruangan komen. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian selebriti berusia 28 tahun ini:

Sponsored

“Saya macam tengah tengok Aubrey yang masak. Hehe”

“Kening tu guna marker ke masa buat”

“Mesti baru lepas buat kening ni”

Bagaimanapun Eina Azman menjawab persoalan ramai mengenai gaya keningnya itu. Tulis selebriti ini video tersebut dirakamkan sebelum Ramadan dan kening itu dibuat pakai inai.

“Haha ni video before Ramadan. Saya buat inai tu yang macam sinchan sikit. But now alhamdulilllah dah ok tak pelik”