Kecoh baru-baru ini mengenai rumah tangga penyanyi Haqiem Rusli yang dikatakan sedang berantakan dan diuji dengan masalah. Tidak cukup dengan itu, penampilan terkini isterinya Anis Sofea yang tidak lagi mengenakan hijab turut menjadi bualan netizen di media sosial.
Difahamkan, penampilan terbaru gadis itu menjadi perhatian susulan perkongsian video dari pelakon Qistina Raisah di platform Tik Tok. Di dalam hantaran tersebut, kelihatan Anis Sofea yang tidak lagi mengenakan hijab sekaligus menguatkan dakwaan dia kini tampil dengan penampilan baru.
Haqiem Rusli muat naik status
Susulan isu yang menjadi bualan hangat ini, Haqiem Rusli tampil memuat naik satu hantaran di Twitter seolah-olah menujukan kepada orang ramai berhubung kontroversi mengaitkan isterinya itu. Menerusi hantaran tersebut, Haqiem meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini.
“Doakan yang baik baik sahaja dan diam, terima kasih.”
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat penyanyi muda itu dan isterinya. Malah netizen berharap pasangan itu dapat bersabar dengan kecaman dan tohmahan yang dilemparkan susulan penampilan terkini isterinya ini.
Sekadar info, Haqiem Rusli mendirikan rumah tangga pada usia 24 tahun bersama gadis pilihan hatinya iaitu Anis Sofea yang berusia 19 tahun pada November 2021. Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan dan menjalinkan hubungan rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran mereka.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.