Sebelum ini, pelakon Zulin Aziz mengemparkan ramai apabila memaklumkan dia dan suami sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bersama. Pendedahan yang dikongsikan di akaun Instagram pelakon itu kemudiannya mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi.
Malah ramai juga yang tertanya-tanya mengenai punca perpisahan pasangan itu memandangkan usia perkahwinan mereka yang baru setahun berkahwin. Namun Zulin kemudian memaklumkan dia dan suami telah kembali bersama dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan mereka.
Baru-baru ini juga, Zulin sempat memuat naik gambar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama suaminya. Di dalam perkongsian tersebut, pelakon itu dilihat bersalaman dengan suaminya yang turut memakai pakaian sedondon sekaligus mengesahkan rumah tangga pasangan ini telah pulih seperti biasa.
Walau bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menasihati pelakon itu di atas perkongsiannya sebelum ini. Kebanyakan netizen menasihati Zulin untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah berkongsikan mengenai masalah rumah tangga di media sosial.
Ujar netizen, tindakannya yang terlalu cepat berkongsikan masalah itu telah merosakkan imej dia dan suami pada pandangan orang ramai. Malah ada yang berharap Zulin dapat mengambil iktibar dari pengalamannya itu dan menjadi lebih matang selepas ini.
“Kahwin tak sampai setahun jagung dah umum nak berpisah. Lain kali sabar, jangan ambil tindakan ikut emosi.”
“Kenapa lah update benda yang tak confirm lagi, benda berpisah ni jangan lah di sebut-sebut.”
“Lain kali jangan mudah sangat nak up kat social media ye puan zulin, kalut dah update bagai macam tak matang perangai pun ada.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.