Terkejut tengok imej isteri Haqiem Rusli, video dikongsi pelakon raih perhatian ramai

Sponsored

Baru-baru ini isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli yang dikenali dengan nama Anis Sofea, 21, mendapat sorotan ramai di media sosial miliknya yang mana menerusi Instagram dia telah diikuti ribuan pengikut. Ini berikutan, Anis Sofea dilihat mengosongkan ruangan Instagram miliknya itu dan hanya meninggalkan beberapa keping foto sahaja.

Sehingga timbul pula tanda tanya tentang rumah tangga pasangan sama cantik, sama padan ini namun Anis Sofea terbaharu telah memuat naik foto terbaru dia dan Haqiem Rusli sekali gus menepis dakwaan tersebut.

Sponsored

Walau bagaimanapun, bukan hanya itu yang mengundang Anis Sofea hangat diperkatakan menerusi media sosial. Susulan dia dilihat tidak lagi memakai tudung juga membuatkan isteri Haqiem Rusli ini mendapat perhatian umum.

Malah menerusi satu perkongsian video oleh seorang pelakon, Qistina Raisah pula menunjukkan imej berbeza Anis Sofea yang tidak memakai tudung mahupun seledang. Ternyata ada yang tidak percaya dan terkejut. Kelihatan Qistina Raisah, Anis Sofea merakam video untuk aplikasi TikTok.

Sponsored

“Weh serius la tu Anis Sofea”

“Terbang sudaaa”

Sponsored

“Weh terkejut”

Dalam pada Anis Sofea sejak beberapa hari ini diperkatakan ramai selain mengundang rasa tidak percaya dan terkejut netizen, ada juga yang meminta agar didoakan yang baik-baik sahaja buat isteri kepada penyanyi terkenal itu.

“Doa yang baik-baik buat mereka. Selamat hari raya”