Sebelum ini, pengacara dan pelakon Diva AA viral di media sosial apabila tular videonya memaki hamun seorang penjual burger. Di dalam video tersebut, Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali tidak berpuas hati dengan harga mahal yang ditetapkan pada burger yang dijual di tepi jalan itu.
Baru-baru ini pula, tular video memaparkan gelagat Diva AA sedang menjual burger di tepi jalan bersama beberapa orang pekerjanya. Menerusi video yang dimuat naik itu, seorang pembeli menegur pengacara sensasi itu dan tidak menyangka akan berjumpa dengannya di situ.
Namun apa yang mencuit hati, pengacara itu enggan mengaku dirinya sebagai Diva AA dan menafikan dia adalah orang yang dimaksudkan. Malah dia turut ‘membahan’ Diva AA yang disebut-sebut oleh pelanggan wanita itu.
“Diva AA itu siapa? Kau kenal ke dia? Tak popular pun. Baik aku jual burger dik! Aku tak kenal lah Diva AA. Siti Nurhaliza aku kenal lah.”
Difahamkan, video tersebut sebenarnya adalah lakonan semata-mata di mana Diva AA sedang mempromosikan jenama burger tersebut. Walaupun hanya sekadar promosi, ramai yang tertarik melihat kemunculan Diva AA yang muncul sebagai penjual burger di tepi jalan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Diva AA sebagai penjual burger dan mengakui berasa takut untuk membeli dari penjual sepertinya ini. Malah ada juga yang turut mengaitkan video tersebut dengan video sebelum ini di mana dia memarahi seorang penjual burger.
“Pertama kali dalam sejarah Diva AA bahan diri sendiri.”
“Jual burger macam nak berperang.”
“Bukan haritu dia marah sebab harga mahal ke atau tu burger lain.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.