“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Sponsored

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga biskut ‘kayangan’ yang dijual bekas isteri Hafidz Roshdi. Kebanyakan netizen menganggap Shuhada tidak sepatutnya meletakkan harga semahal itu untuk produk biskut yang dikeluarkannya.

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut tampil mempertikaikan harga biskut ‘Satu Tak Cukup Shelup-Shelup’ itu. Difahamkan, Shuhada menjual produk biskut tersebut pada harga RM179 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM15.

Sponsored

Menurut Diva AA, dia tidak akan membeli atau menyokong produk yang dijual bekas isteri pelakon itu dan membandingkan Shuhada dengan penyanyi nombor satu negara. Tambahnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri tidak akan tergamak untuk menjual dengan harga semahal itu seperti yang dilakukan Shuhada.

“Siti Nurhaliza pun belum tentu tergamak jual semahal ko? Sorry Diva AA tak akan beli walaupun Diva AA kaya raya.”

Sponsored

Terdahulu, Shuhada menjelaskan mengenai harga biskutnya yang menjadi bualan ramai sebaik sahaja ianya dikongsikan. Jelasnya, biskut tersebut diperbuat dari bahan-bahan premium malah dia juga menggunakan jenama coklat mahal yang setanding dengan hidangan pencuci mulut di hotel lima bintang.

Shuhada juga memberitahu harga tersebut berbaloi untuk dikongsi bersama seisi keluarga kerana ia mempunyai kuantiti yang banyak. Namun netizen meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan penyokong wanita itu adalah dari golongan B40 dan tidak mampu untuk membeli produk tersebut.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter