Durasi Konsert Terlalu Pendek, Catriona Ross Luah Kecewa Katanya Macam Tengok Showcase Je…

Sponsored

Pada Khamis dan Jumaat lalu telah berlangsungnya konsert penyanyi dari seberang iaitu Tulus. Konsert yang dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia itu telah berlangsung di Dewan Plenary Pusat Konvensyen KLCC.

Di media sosial juga dapat dilihat ramai dalam kalangan selebriti yang turut hadir konsert berkenaan. Salah seorang darinya adalah pelakon wanita, Catriona Ross.

Sponsored
Catriona Ross

Walau bagaimanapun, dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon ini, Catriona Ross luah kecewa dengan konsert berkenaan. Difahamkan Catriona Ross hadir ke konsert berkenaan bagi sesi hari Jumaat.

Namun dia meluahkan rasa kecewa kerana konsert itu disifatkan hanya bertaraf showcase sahaja. Ini kerana durasi persembahan hanya dalam masa 70 minit sama seperti persembahan showcase.

Sponsored

Dalam pada itu, Catriona Ross turut membandingkan konsert penyanyi dari Indonesia yang pernah dihadirinya sebelum ini. Menurutnya konsert lain lebih berbaloi dengan harga kerana dalam durasi yang agak lama.

Malah pelakon wanita ini turut meluahkan lagu-lagu kegemaran dan ramai tidak dinyanyikan pada malam tersebut.

Sponsored
Tulus

Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut bersetuju dengan video Catriona Ross luah kecewa mengenai konsert berkenaan. Berikut antaranya:

“Sama kak! Tiket dah la mahal tapi evet macam showcase je..Apa ni…”

“Kitaorang pun pergi first day kena macam ni sisss”

“I siap tunggu bajet macam ha ni mesti cliche kena jerit2 we want more maka keluar la untuk 3-4 lagu lagi. Gitulah selalunya kan? Sekali tiba2 hening sis..”

“Tulah Cat. Memang tak puas hati. Bayarannya mahal dong dekat seribu ringgit dong. Patut di cucurnya balik separuh..”