“Korang Tak Perlu Masuk Campur Yg Kahwinnya Diorang”, Ulasan Sajat Tentang Isu Kahwin Syamsul Yusof Dikatakan Bijak

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kemelut rumahtangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan pelakon dikenali dengan nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian warganet. Isu yang timbul sejak sekian lama akhirnya terlerai apabila Syamsul Yusof tampil mengaku sudah pun bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Bagaimanapun video pengakuan Syamsul Yusof tersebut menjadi perhatian selepas Puteri Sarah beri jawapan balas terhadap tuduhan oleh suaminya itu.

Sponsored

Kekecohan mengenai rumahtangga pasangan selebriti ini bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah rata-rata rakan selebriti juga. Terbaharu ulasan Sajat tentang isu kahwin Syamsul Yusof ini selepas ditanya netizen telah menerima pujian ramai.

Dalam rakaman tersebut Sajat tidak menyokong mana-mana pihak, namun dia menasihatkan orang ramai supaya tidak masuk campur dengan isu tersebut.

Sponsored

“Macam ni lah korang tak payah masuk campur, yang kahwinnya diorang….Bukan kalau kahwin dua kahwin tiga ke bukan perkara baru..

“Itu urusan keluarga diorang biar diorang selesaikan dengan elok…Korang nak judge buat tambah dosa kering je. Doakan yang baik-baik lebih afdal dari korang nak bagi pendapat. Sebab kita ni tiada dalam industri diorang..

Sponsored
Sajat

“Yang gaduh dibaik-baikkan… End of the day kita sama2 akan tua…Cukup make it easy…Kau tak yah sibuk hal orang. Dia tu selebriti sebab tu orang ambik perhatian. Tak payah sibuk hal orang, kita doa yang baik-baik je.”

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji ulasan dari Sajat mengenai perihal tengah hangat kini itu. Berikut antaranya:

“Sajat Sajat dia ni la..Boleh menghilangkan stress aku..Haha”

“Ok..Aku team Sajat la camni”

“Yaa betul bang saya sokong!”

“Pandai Sajat ulas..Kita memang tak perlu komen bukan2..Biar la family diorang..Kita jaga family kita sudah”