Netizen Pertikai DSV Jual Produk Langsing Tapi Cik B…”Try La Anak Tu Dulu, Baru Bukti Nyata”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida ini. Namanya sering menjadi bualan hangat ramai gara-gara pelbagai konten video yang dimuat naik di sosial media.

Sudah tentunya konten tersebut sebagai salah satu kaedah marketing bagi usahawan sepertinya. Bagaimanapun baru-baru ini netizen sekali lagi kritik Dato’ Seri Vida (DSV) kerana konten yang dihasilkannya.

Sponsored

Dalam video yang dimuat naik, DSV dakwa produk yang dipegang dan dijual itu boleh membuatkan pengguna boleh mengempiskan perut dan boleh menurunkan berat badan.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh DSV ketika menjual produknya itu menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Walau bagaimanapun, dakwaan kehebatan produk langsing DSV ini telah membuatkan netizen kritik usahawan wanita ini. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen pertikai DSV jual produk langsing.

Ramai yang meminta DSV untuk menyuruh anaknya, Cik B menggunakannya supaya boleh dilihat keberkesanannya dan dijadikan testimoni.

Sponsored

Selain dari itu ada segelintir netizen juga menegur pemakaian DSV ini serta meminta supaya usahawan tersebut supaya jujur dalam berniaga.

Berikut antara reaksi netizen pertikai DSV jual produk langsing yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Try la anak tu dulu..Baru bukti nyata..Cantikan anak tu dulu”

“Cakap tak serupa bikin. Pakai sendat2 nak tunjuk dah kurus tapi tak nampak pun kurus…”

“Yang beli x kurus..Yang jual kaya raya..Diet clean food sebulan confirm turun 10kg. No gula, lemak, process food, junk food, instant food, frozen food”