Elisya Sandha Luah Tak Puas Hati ‘Headline’ Mengundang Fitnah, Dituduh Bergaduh Dengan Mertua

Sponsored

Adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha yang membawa nama Elisya Sandha baru-baru ini meluahkan rasa tak puas hatinya mengenai satu saluran Youtube. Menerusi muat naik Elisya Sandha yang juga menantu kepada Sheila Rusly mendedahkan mengenai ‘headline’ mengundang fitnah dari sebuah saluran Youtube tersebut.

Dalam perkongsiannya itu, dipaparkan saluran tersebut meletakkan kapsyen fitnah kepada pelakon terbabit dengan mertuanya itu. Antara headline tersebut adalah seperti berikut:

Sponsored

“Sheila Rusly bergaduh dengan menantu? Elisya…” dan “Menantu Sheila Rusli dah keluar rumah? Ini rupanya..”

Menerusi ruangan kapsyen Elisya Sandha luah tak puas hati dengan fitnah tersebut. Tulisnya headline tu pun dah salah dan dia menegur mengenai perbuatan salah guna untuk raih tontonan sanggup menggunakan tajuk sebegitu.

Sponsored

Selain itu Elisya juga meminta pemilik saluran berkenaan untuk membuang tajuk tidak benar berkenaan dan hormati keluarganya.

“Saya tak faham dengan manusia bernama cik koci ni, saya dengan mentua gaduh?? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebabkan nak viewers tinggi buat headline yang TIDAK BENAR! Whoever this cik koci is please remove your headline yang salah tu ya! respect my family”

Sponsored

Berikut adalah muat naik oleh Elisya Sandha luah tak puas hati mengenai fitnah tersebut:

Terdahulu Elisya Sandha bersama suami dan anaknya telah berpindah ke rumah sendiri setelah beberapa bulan menetap di kediaman mertuanya. Namun tiada sebarang isu atau spekulasi yang keluarga mereka ada masalah.