Erry Putra Menyanyi Live Terima Pujian Ramai, “Semua Abang Sapu…”

Sponsored

Pelakon yang cukup popular sekitar awal tahun 2000 dikenali dengan nama Erry Putra ini masih ada barisan peminatnya tersendiri. Biarpun ramai pelakon baru yang mula ‘menapak’ dalam industri seni, namun Erry Putra memiliki kelebihannya sendiri.

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Erry Putra menyanyi di pentas sebuah acara telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan Erry Putra menyanyi seakan sudah biasa membuat persembahan.

Sponsored

Mungkin ramai yang tidak tahu Erry Putra sememangnya boleh menyanyi dan pernah menyertai kumpulan Boyz ‘R’ Us pada tahun 1999 sebelum keluar dan membawa haluan sendiri. Malah Erry Putra mula memasuki dunia seni dengan menjadi penyanyi sebelum berlakon.

Berikut adalah rakaman Erry Putra menyanyi di sebuah acara dan menjadi bualan hangat ramai:

Sponsored
@tuanerrypu7ra

Manusia ni apa masalah dia eh,Dulu aku join uniform diaorg kutuk,aku pakai pangkat diaorg kata aku tak layak,aku berlakon kata tak bagus,aku mengarah org kata reti ke mengarah,now aku nyanyi diaorg kata konfident beli kat mana..da tu kau nk suh aku jadi apa..kau je la ambik smua keja aku tu !!!!!!😵‍💫😵‍💫😵‍💫🫣🫣🫣

♬ original sound – P.Y.R.O – P.Y.R.O

Perkongsian video yang dibuat menerusi akaun Tiktok milik selebriti ini menerima pujian ramai. Bagaimanapun di ruangan kapsyen, Erry Putra merungut tentang sesetengah orang yang tidak senang dengan bakat ada padanya.

“Manusia ni apa masalah dia eh,Dulu aku join uniform diaorg kutuk,aku pakai pangkat diaorg kata aku tak layak,aku berlakon kata tak bagus,aku mengarah org kata reti ke mengarah,now aku nyanyi diaorg kata konfident beli kat mana..da tu kau nk suh aku jadi apa..kau je la ambik smua keja aku tu !!!!!!”

Sponsored

Biarpun begitu di ruangan komen, ramai pula memuji Erry Putra yang sentiasa nampak muda. Malah ada juga yang menasihati supaya endahkan segala kata-kata orang mengenai selebriti ini.

“Abang hebat…Semua abang sapu. Tak semua orang mampu jadi macam abang respek”

“Baru tau Erry Putra boleh nyanyi”

“Tak sekarang muka tak tua…Awet muda…Abaikan orang cakap. Masih ada orang yang menyokong”

“Mulut orang kita tak boleh tutup..Kita mampu berkata alhamdulillah je. Rezeki semua di tangan Allah…”