Umum diketahui, pelakon Janna Nick merupakan sahabat baik buat pelakon yang kini tidak henti-henti menjadi sorotan ramai iaitu Puteri Sarah Liyana. Janna Nick juga pernah menjadi perbualan ramai selepas memberikan sokongan buat Puteri Sarah Liyana selepas kemelut rumah tangganya didedahkan.
Walau bagaimanapun, disebabkan hal itu satu muat naik dikongsikan oleh seorang individu tentang kisah persahabatan mereka mencetuskan ramai memberikan pujian terhadap Janna Nick.
Netizen puji Janna Nick sahabat yang baik
Dalam muat naik ini memaparkan foto Janna Nick yang difahamkan pernah membawa Puteri Sarah Liyana bercuti dan dapat dilihat mereka meluangkan masa bersama. Hal ini membuatkan netizen memberikan pujian dengan Janna Nick sebagai sahabat yang baik.
Apatah lagi ada ketika Puteri Sarah Liyana bersedih dan menerusi muat naik dikongsikan ini juga turut kelihatan pelakon, Ain Edruce membuatkan mereka bertiga menjadi tumpuan warganet dengan kisah sahabat ini.
Muatnaik tersebut bagaimanapun dihujani dengan komen pujian ramai tentang sahabat baik Puteri Sarah Liyana dan membuatkan peminat juga tumpang gembira melihat mereka.
‘Sahabat sahaja yang ada disaat kita jatuh dan bangun. Dialah sahabat sejati. Terbaik Janna Nick’
‘Tq Janna Nick sebab hadir dikala insan solehah itu sedang bersedih’
‘Alhamdulillah ada sahabat yang baik boleh temani disaat susah dan senang…’
‘Biasanya yang nampak giler-giler ni, hati dia baik’