Faizal Hussein Jaga Batas Di Set Penggambaran, “Kalau Sudah Jadi Suami, Kenapa Nak Melayan…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, isu ‘penyondol’ atau orang ketiga antara topik bualan hangat di media sosial. Ini semua susulan isu pelakon Sophia Albarakbah yang dikatakan terjatuh hati dengan Aliff Aziz yang bergandingan dengannya di dalam sebuah drama.

Pelakon hebat, Faizal Hussein mengakui dia juga tidak terlepas apabila ada wanita yang cuba mendekatinya walaupun kini sudah berusia 55 tahun. Walau bagaimanapun, pelakon itu memberitahu dia sentiasa meletakkan batasan setiap kali berlakon dan semasa berada di set penggambaran untuk mengelakkan kontroversi.

Sponsored

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.”

Jelas pelakon itu lagi, dia hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu makan selepas kerja selesai. Menurutnya, dengan batasan yang diletakkan ini, orang lain turut memahami statusnya dan sehingga hari ini tidak timbul isu bercinta di set penggambaran.

Sponsored

Mengulas mengenai isu pelakon terpalit dengan skandal bercinta dengan gandingan mereka di set penggambaran, Faizal memberitahu sepatutnya pelakon yang sudah mempunyai status sebagai suami orang perlu lah menjaga batas mereka dan tak mencetuskan publisiti murahan.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.”

Sponsored

Menurut Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 ini, seseorang pelakon tidak akan dapat bertahan lama sekiranya mempunyai terlalu banyak kontroversi tidak kira lah sama ada ia baik atau buruk sekalipun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan