Siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan popular bernama Aliff Syukri ini. Sering muncul di sosial media dengan pelbagai gelagat lucu, ramai terhibur dengan keletahnya.
Malah suaranya yang unik juga buatkan namanya mudah diingati dan sering jadi perhatian ramai. Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff Syukri memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya telah menjadi perhatian netizen.
Dalam perkongsian rakaman itu, Aliff Syukri menunjukkan pakaian yang digayakan anak-anaknya ketika berada di lapangan terbang. Diberitahu setiap apa yang disarungkan dengan harganya sekali.
Namun bila tiba giliran isterinya, Aliff Syukri ‘kritik’ gaya ringkas pemakaian buah hatinya itu. Katanya sedih tengok. Berikut adalah perkongsian rakaman Aliff Syukri sedih tengok pemakaian ringkas isteri tersebut:
Wow, boleh tahan harga baju anak-anak Aliff Syukri! Biarpun dikritik pemakaian ringkas isteri Aliff Syukri, namun ramai yang puji kerana kesederhanaanya itu.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok ini:
“Datin dah sedia cantik. Pakai apa pun cantik. Sebenarnya Datuk dah bertuah sangat dapat isteri yang macam datin ni..Nampak bersederhana je”
“Takpe..Datin bagi priority pada anak2 macam semua mak2”
“Suka tengok family dato..Happy je lagi2 wife dato”
“Datin tu dah cantik dato.Pakai apa pun tetap cantik. Tak payah nak over. Datin memang sangat cantik”