Fara Salleh Geram Terpalit Kontroversi Ira Kazar, Minta Netizen Berhenti Kecam Dirinya, “Bukan Aku Yang Bawa Ke Thailand…”

Sponsored

Dalam kehangatan isu pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar, nama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan kes curang seorang pelawak turut menerima tempiasnya. Baru-baru ini, wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia menjadi sasaran netizen yang cuba mengaitkannya dengan isu tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Fara memberitahu dia menerima beberapa mesej di akaunnya itu susulan kontroversi tersebut. Wanita itu menjelaskan dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan isu itu namun telah menerima kecaman hebat dari netizen.

Sponsored

Difahamkan, namanya dipetik oleh netizen kerana dia merupakan kenalan kepada Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua Syamsul Yusof. Fara yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan kes curang Shuk Sahar meminta orang ramai berhenti membabitkan namanya dalam isu yang menjadi bualan ramai ini.

“Sejujurnya, saya tak terlibat dan tak tahu mengenai mereka. Bukan saya yang bawa mereka ke Thailand dan saya tak bekerja sebagai imigresen yang cop passport mereka atau jadi kadi.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Fara memberitahu dia berada dalam keadaan yang kurang sihat dan telah dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi semasa dia menerima beberapa kiriman mesej itu. Di dalam perkongsian itu, Fara turut berkongsikan mesej dari seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘penyondol’ dan ‘acah suci’ kerana menjadi pemusnah rumah tangga.

Minta netizen berhenti kecam

Wanita itu turut meminta orang ramai untuk berhenti mengecamnya dan menghantar mesej-mesej berbaur kecaman. Tambahnya lagi, dia tidak mengambil peduli dengan hidup orang lain dan hanya mahu mengutamakan hidupnya sendiri sahaja buat masa ini.

Sponsored

Sekadar info, Fara Salleh sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar dan dituduh menjadi punca kerosakan rumah tangga pelawak itu dan isterinya. Malahan, pelawak itu juga turut menerima impaknya apabila kurang muncul di televisyen dan mengalami kejatuhan dalam kariernya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram