Farid Kamil Kata Ada Bukti Gambar Diana Danielle Curang, Akan Dedah Di Mahkamah

Sponsored

Semalam industri hiburan tanah air sekali lagi kecoh apabila pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam bagi proses lantikan Wakil Jawatankuasa (JKP) bagi menyelesaikan isu yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Kehadiran Farid Kamil dengan membawa sejambak bunga serta sebentuk cincin didakwa untuk memujuk isterinya itu nampaknya tidak berjaya apabila Diana Danielle menolak hadiah tersebut.

Sponsored

Malah timbul pula tuduhan mendakwa Diana Danielle ada orang ketiga membuatkan pelakon itu memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil. Bagaimanapun, Diana Danielle menepis dakwaan tersebut dan memberitahu kepada media pemfailan penceraian ini adalah berpunca dari Farid Kamil seratus peratus.

Farid Kamil akui ada bukti gambar…

Terbaharu, Farid Kamil kata ada bukti gambar Diana Danielle curang dalam satu temubual. Memetik laporan mStar, Farid menegaskan mempunyai bukti tentang orang ketiga yang wujud dalam kemelut rumah tangganya.

Sponsored
@kosmoonline

FARID Kamil memberitahu mempunyai bukti bergambar berkaitan dakwaannya mengenai wujud orang ketiga dalam hubungannya dengan isteri, Diana Danielle. Video oleh NUR EMIRA SAIZALI

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Akan kongsikan di mahkamah nanti

Biarpun begitu, bukti gambar Diana Danielle curang itu hanya akan dikongsikan di mahkamah sebagai bukti dan tidak akan didedahkan kepada umum.

“Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah,” ujar Farid Kamil kata ada bukti membabitkan isterinya itu.

Sponsored

Tak akan kongsi hal peribadi di media sosial

Selain dari itu, Farid Kamil turut mengakui tidak akan kongsi hal peribadinya, isteri dan anak-anak kepada umum kerana ia akan memberikan persepsi yang juga boleh mengaibkan mereka.

“Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tak mahu kongsi yang hanya akan berikan persepsi boleh aibkan mereka”

Tambah pelakon dan pengarah filem Remp-It ini lagi, dia perlu menyelamatkan rumah tangga ini demi dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.