‘Cair’ Tengok Nabila Razali Kejut Sahur, “Tak Jadi Nak Bangun Kak..”

Sponsored

Nabila Razali, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah figura ini juga turut diakui bakat lakonan yang ada padanya.

Biarpun Nabila Razali antara selebriti yang sering menerima kritikan, namun kekentalannya membuatkan namanya terus gah di persada seni Malaysia.

Sponsored

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Nabila Razali kejut sahur telah membuatkan ianya menjadi perhatian ramai. Dalam perkongsian itu dipaparkan Nabila Razali merakamkan dirinya di depan kamera.

Lakonannya untuk mengejutkan ‘individu’ di depan memang nampak real habis! Malah suara manjanya juga membuatkan ramai ‘cair’ dengan cara Nabila Razali kejut sahur tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Siapa sahajalah yang tidak ‘jatuh hati’ melihatkan selebriti jelita begini kejut sahurkan? Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 13 ribu likes dan dan 132 ribu tontonan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui terhibur dengan gelagat selebriti ini. Malah ada juga yang akui lebih sukar untuk bangun jika cara kejutnya begini. Selain itu terdapat juga yang akui tersenyum sorang-sorang melihatkan Nabila Razali ini.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video di Instagram pelantun suara Peluang Kedua ini:

“Yang korang senyum sorang2 tu napa..Dia suh bangun Sahur bukan senyum sorang2”

“Kesian dia cakap sorang2, tak salah berangan tu free”

“Kalau macam kejut sahur aku sanggup puasa sepanjang tahun”

“Segan pulak tengoknya. Moga dikurniakan jodoh yang baik Bella. 1 Malaysia tengok video awak ni”