Farid Kamil Minta Diana Danielle Bertaubat

Sponsored

Hari ini sekali lagi dunia hiburan menjadi kecoh apabila pelakon dan pengarah yang rumah tangganya kini sedang diuji, Farid Kamil mendedahkan akan memberikan tawaran pendamaian bernilai lebih RM300,000 termasuk sebuah kereta Vellfire dan barangan kemas.

Difahamkan perkongsian tersebut dibuat Farid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi menjalani prosiding sulh.

Sponsored

Bagaimanapun menerusi satu video temubual bersama wartawan di perkarangan mahkamah berkenaan, Farid Kamil minta Diana Danielle bertaubat selepas diajukan beberapa soalan.

Kredit Harian Metro

Menurut Farid, dia meminta Diana berbuat demikian sebelum terlambat dan jika tidak isterinya itu mungkin akan ditimpa laknat serta dirinya sendiri tidak boleh ampunkannya.

Sponsored

“Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh ampunkan.”

Namun begitu, Farid Kamil tidak memberitahu perincian apakah yang dilakukan oleh Diana Danielle sehingga pelakon dan model berkenaan perlu bertaubat.

Sponsored

Selain dari itu, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari akui sebagai manusia dia tetap akan maafkan Diana walau apa juga kesalahannya kerana dia adalah isteri dan ibu kepada dua anaknya.

“Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan merupakan ibu kepada dua anak saya,” ujar Farid Kamil.

Berikut adalah rakaman Farid Kamil minta Diana Danielle bertaubat yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mStar:

Sebelum ini pasangan ini hadir ke mahkamah untuk prosiding lafaz cerai namun tidak dapat diselesaikan kerana Farid enggan melepaskan isterinya itu. Malah Farid juga hadir dengan sebentuk cincin dan sejambak bunga untuk memujuk Diana Danielle.

SumbermStar