Sejak semalam sebuah video dengan paparan seorang pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail berjalan di dalam sebuah dewan menjadi buah mulut ramai. Tular video Ungku Ismail dan Nad Zainal dituduh sombong apabila dilihat berjalan laju melalui booth jualan dan ditegur oleh individu berada di situ.
Ungku Ismail dan Nad Zainal dituduh sombong oleh netizen apabila tular video berkenaan. Malah segelintir netizen turut meninggalkan komen yang mendakwa pasangan ini terlihat agak sombong.
Terbaharu, Ungku Ismail Aziz yang menyedari mengenai tuduhan tersebut telah memberikan reaksinya menerusi beberapa muat naik di Instagram Stories miliknya.
Dalam muat naik tersebut, Ungku Ismail menulis dengan menasihatkan di malam 20 Ramadan ini kita sama-sama fokus menambah amalan.
“Dan kita jauhkan diri kita dari perkara yang tercela mengumpat, mencaci, menghina, menyebarkan fitnah. Moga segolongan mereka itu berbahagia yang suka melaga-lagakan, memburukkan orang, menyebarkan benci dan fitnah, mengapi-apikan manusia hanya untuk meraih view dan perhatian”
Dalam perkongsian berbeza, Ungku Ismail juga bersyukur kerana banyak pahala yang dia dan isterinya dapat setelah tuduhan tersebut tular.
“Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala dorang beramai-ramai. Yang post yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Mashar itu benar, kita sabar nantikan.
Selain dari itu, Ungku Ismail turut berkongsikan pesanan diterima dari peminat yang memberitahu mengenai video tersebut. Menurut individu itu, Ungku Ismail dan Nad Zainal nampak seperti biasa dan tidak sombong.
Malah Nad Zainal juga dilihat angkat tangan dan senyum kepada si perakam video berkenaan. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Ini pula antara reaksi ramai yang mengatakan video tersebut Nad Zainal tidak sombong dan tersenyum:
“Agaknya nak Nanad laga pipi ke baru tak sombong?”
“Pelik la penat jugak jadi artis. Serba serbi tak kena”