Farid Kamil Rindu Pada Anak, Netizen Harap Diana Danielle Berlembut Hati Untuk Bagi Jumpa

Sponsored

Baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan berita pelakon Diana Danielle yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil. Difahamkan, permohonan itu dibuat dengan alasan tiada persefahaman di antara mereka dan terdapat perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan itu.

Malah pasangan ini juga dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung sejak awal bulan Mac yang lalu namun tidak dikongsikan apakah punca keretakan hubungan mereka. Terbaru, Farid Kamil meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya selepas sekian lama tidak berjumpa.

Sponsored

“Rindunya pada mereka Ya Allah… Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu..”

Di dalam perkongsian itu, Farid memuat naik video memaparkan momen semasa mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Manakala di ruangan kapsyen pula, pelakon lelaki itu mengatakan dia berasa rindu dengan keluarganya.

Sponsored

Perkongsian itu turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihat keadaan pelakon itu yang kini berjauhan dengan anak-anak dan isterinya. Malah netizen turut berpendapat Diana Danielle tidak seharusnya melarang Farid daripada berjumpa dengan anak-anaknya walaupun sedang berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka.

“Aku dulu berpisah juga tapi anak-anak aku tak pernah larang diorang jumpa ayah diorang.”

Sponsored

“Tak sefahaman pun husband and wife, jangan lah anak-anak jadi mangsa, sedih lah. Bagi lah jumpa.”

Dalam masa yang sama, netizen berharap pelakon wanita itu akan berlembut hati untuk membawa anak-anaknya berjumpa dengan bapa mereka selepas lama tidak berjumpa. Sebelum ini, dilaporkan Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya susulan konflik yang berlaku di antara dia dan isteri.

Terdahulu, Farid enggan melafazkan talak cerai terhadap isterinya dan mengaku masih ada perasaan sayang terhadap Diana. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram