Fasha Sandha Kesal Dilabel Hipokrit Sebab Berhijab Ke Majlis Tertentu, “Jangan Senang Untuk Melabel Saya..”

Sponsored

Baru-baru ini pelakon, Fasha Sandha meluahkan apabila ada yang menuduhnya seorang pelakon yang hipokrit menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Fasha, dakwaan dan gelaran tersebut ditinggalkan di ruangan komen selepas dia memuat naik foto mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa.

Akui bukan insan sempurna dan banyak kekhilafan

Tampil memberikan reaksi atas tulisan netizen itu, Fasha Sandha kesal dilabel hipokrit dan akui dirinya insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan serta kekurangan. Tambahnya lagi dia tidak kisah jika ada yang mahu menghinanya cuma Fasha mengharapkan jangan libatkan kerjayanya kerana dirinya hanya mencari rezeki seperti orang lain.

Sponsored

“Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul2 silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab sy pun mencari rezeki seperti kalian. Ya , saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan.”

“Kerjaya saya pelakon dan duta produk bukan bererti saya milik masyarakat”

Tambahnya lagi, dirinya tiada pangkat dan bukanlah di tahap kayangan, namun itu tidak menjadikan orang ramai boleh menghukumnya kerana dia tidak berhijab.

Sponsored

“Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan. Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab? 

“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat. “

Sponsored

Tak bermakna yang sudah berhijab boleh hina…

Selain dari itu Fasha juga meluahkan rasa bila ada yang sanggup menghina dirinya yang memakai tudung ke acara tertentu.

“Jangan senang untuk melabel sy ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu.”

Berikut adalah perkongsian penuh Fasha Sandha kesal dilabel hipokrit oleh warganet yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya: