Emma Maembong Kongsi Pengalaman Umrah, Ramai Doakan Pelakon Ini Kembali Berhijab

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat ramai selebriti yang mengerjakan Umrah. Berkongsikan momen ketika berada di Mekah dan Madinah, salah seorang darinya adalah Emma Maembong.

Pelakon jelita dikenali dengan nama Emma Maembong antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah dan hanya diketahui ramai selepas berkongsikan mengenainya di Instagram selepas pulang ke Tanah Air.

Sponsored

Bersama adik-beradik ketika di Tanah Suci

Terbaharu Emma Maembong kongsi pengalaman Umrah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anak lelaki mereka, Shariq Gabriel. Turut disertakan beberapa foto Emma Maembong bersama adik-beradiknya yang lain ketika berada di Tanah Suci.

Pernah berdoa untuk dipercepatkan jodoh

Menceritakan mengenai pengalamannya, Emma Maembong pernah berdoa di hadapan Kaabah empat tahun yang lalu untuk dipercepatkan jodoh.

Sponsored

“2019 emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh, doa emma nk kawin next year tu jgk, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah allah makbulkan doa emma, emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg emma doa kan”

Diberikan rezeki kembali ke Tanah Suci

Malah Emma turut menceritakan tahun ini dia diberikan rezeki untuk kembali berada di depan Kaabah bersama suami dan anaknya.

Sponsored

“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kabaah bersama suami dan anak, ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb”

Netizen doakan Emma Maembong tutup aurat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan keluarga Emma Maembong untuk sentiasa menutup aurat selepas pulang dari ibadah Umrah nanti. Berikut antaranya:

“Alhamdulillah saya doakan Emma kembali berhijab, menjaga aurat dengan sempurna, menjadi isteri solehah ibu yang baik…”

“Alhamdulillah..Da pergi umrah berkali2. Harap2 balik nanti jaga pakaian..”

“Kak emma ada pegang dinding Kaabah tak? Kawan saya cakap punya wangi sampai dah mandi, wuduk pun masih wangi tangan dia”

“Harap dah balik nanti terbuka la pintu hidayah tutup aurat bertudung tak seksi dah”