Sebelum ini, tular di media sosial video seorang pelakon lelaki berhibur di sebuah kelab malam bersama seorang wanita. Susulan video yang tular itu, pelakon Ameerul Asyraf tampil mengaku dia adalah individu yang berada di dalam rakaman tersebut.
Difahamkan, video itu dimuat naik di platform Tik Tok oleh teman wanitanya sendiri yang kecewa dengan tindakannya ini. Terbaru, teman wanitanya yang dikenali sebagai Eyra mengakui silap apabila memilih untuk memuat naik video tersebut di media sosial gara-gara terikutkan dengan emosinya.
Menurut wanita itu, pada awalnya dia berasa berang selepas menerima rakaman itu menerusi Telegram daripada individu yang tidak dikenali. Dia juga tidak mendapatkan penjelasan dari Ameerul terlebih dahulu dan terus berkongsikan rakaman itu di Tik Tok namun tidak menyangka ianya akan menjadi tular.
“Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa. Kitakan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.”
Jelasnya, selepas dia menghantar video tersebut kepada Ameerul, dia kemudiannya menyekat pelakon itu di WhatsApp. Tambah wanita itu lagi, pelakon itu ada menghubungi keluarganya namun dia tidak melayannya kerana mahu diberikan masa untuk bertenang.
“Memang saya akan padam video itu kerana keluarga saya tidak pernah ajar kalau orang buat salah, kita buat balik kepadanya. Waktu itu saya memang marah dan tidak boleh berfikiran waras. Saya mengaku memang salah saya terus viralkan video tersebut.”
Dalam masa yang sama, Eyra memberitahu dia akan memadamkan video tersebut untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan. Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok wanita itu, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan setakat ini manakala akaun Instagram pelakon itu turut ‘diserang’ oleh netizen.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.